Manusia selalu melakukan kesilapan dan dosa dalam hidup, tetapi manusia yang bijak apabila mereka cuba keluar daripada dosa dan bertaubat akan kesalahan mereka. Terkadang ada yang tidak sedar akan dosa yang dilakukan dan terus melakukan sehingga akhir hayat, ada juga yang segera bertaubat dan tak mahu mengulanginya lagi.
Akan tetapi elakkan buat 2 perkara ini kerana dua dosa ini bukan sahaja akan dibalas diakhirat bahkan akan disegerakan balasannya di dunia yaitu derhaka pada ibu bapa dan berzina.
Ibu bapalah yang telah banyak berjasa sepanjang kita hidup di dunia ini, daripada kecil mereka yang melahirkan, memberi makanan dan minuman serta menjaga kita dengan baik. Perbuatan menderhaka bukan sahaja akan membuatkan mereka sedih bahkan dosa hasil derhaka itu tidak di balas di akhirat sahaja bahkan di dunia ini juga akan pembalasan. Contoh yang boleh saya berikan adalah rezeki sempit, hati tidak tenang, keluarga porak peranda dan apa yang dibuat serba tak kena, sebab itulah jangan derhaka pada ibu dan bapa serta segeralah bertaubat dan jangan ulang kesalahan lagi.
Yang kedua pula jangan berzina, kerana dosa berzina bukan sahaja akan dibalas kat akhirat tapi di dunia juga anda akan terima balasannya. Kebanyakan orang yang mengamalkan zina, mereka mengalami penyakit kelamin, penyakit HIV, keluarga porak peranda, domestic violence, hati tidak tenang, anak hasil luar nikah. Disebabkan itu jika sudah ada pasangan segeralah berkahwin jangan lambatkan jodoh anda.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat