Jangan jadikan perkataan orang realiti untuk anda atau don’t let others word become your reality bermakna jangan disebabkan mulut atau perkataan orang lain menjadi penghalang untuk anda berjaya di dalam kehidupan. Nampak mudah tetapi disebabkan perkataan orang lah yang menyebabkan kita tidak berjaya maju kehadapan.
Nampak simple tetapi kadang kadang disebabkan orang kata anda tidak mampu buat, menyebabkan kita kehilangan semangat dan juga keyakinan untuk meneruskan apa yang kita sedang lakukan. Contohnya ketika anda berbisnes, kawan disekeliling anda mengatakan perkara yang anda lakukan ini susah untuk berjaya, berapa ramai yang cuba berniaga tetapi akhirnya menjadi papa kedana dek kerana tak mampu membayar hutang.
Jika anda mengaku kalah dan tidak mahu meneruskan perniagaan itu kerana takut selepas mendengar kata kawan anda, maka anda seperti lembu yang ditarik hidung. Tanpa pendirian mengikut apa sahaja kawan disekeliling anda cakap, sepatutnya anda cuba mencari tahu apa punca perniagaan orang itu gagal dan cuba mencari solusi agar perniagaan anda tidak menjadi seperti orang lain.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat