Pernah tak anda dengar? Ada orang menang jackpot 1 juta, tetapi tak sampai 3 tahun duitnya sudah habis dan kembali jatuh miskin. Ada orang menjadi orang kaya baru (OKB) sesudah boleh mengeluarkan duit dari tabung KWSP, tetapi tidak sampai 5 tahun, ia kembali mencari kerja baru kerana duit dah tak mencukupi.
Ada orang mempunyai mak ayah yang kaya raya. Tetapi kekayaannya tidak dapat bertahan lama apabila duit tersebut sudah diwariskan pada anak. Rancanglah kewangan anda dari sekarang. Rancang kewangan adalah ilmu yang tidak diajar masa kita sekolah mahupun universiti. Tetapi ilmu ini sangat-sangatttt penting.
Amalkan 7 langkah ini:
Sediakan simpanan kecemasan minimum 3 bulan belanja
Pastikan takaful anda
1) fully covered minimum 10 tahun belanja kalau mati dan cacat kekal.
2) ada pampasan sakit kritikal minimum 5 tahun belanja atau separuh dari no 1.
3) medical card annual limit 500k minimum.
Anda nak bayar berapa lama tu, check poket anda. Rules utk 3 items tu adalah 5-10% gaji. Tak termasuk lagi untuk anak anak.
Invest di tempat low risk dahulu, kemudian medium dan high risk.
Low risk – ASB, ASN, AHB. Selamat dan pulangan memuaskan.
Medium Risk and Liquid – ASBf, Unit Trust. Ada 600 Unit Trust yang ada. Buat portfolio Unit Trust. Jangan masuk hanya satu unit trust sahaja. Jangan masuk hanya dari satu company sahaja. Sekali lagi, kuncinya adalah portfolio. Kalau tak tahu, cari financial planner.
Medium Risk non Liquid – Beli hartanah. Pastikan long term target. Tak perlu kreatif sangat nak short term melainkan poket dah penuh.
High Risk – Saham. Labur atau trade. Kena belajar. Tak belajar memang ke laut nanti. Jangan nak untung terlalu cepat, jangan hanya masuk kaunter murah. Invest in business rather than quick gain. Kalau dapat cepat tu Alhamdulillah, tapi jangan guna semua duit modal untuk quick strategy macam tu.
Kalau ada modal yang besar untuk pelaburan, saya cadangkan bagi Licensed Fund Manager.
Zakat – bayar zakat pendapatan dan zakat harta.
Cukai – bayar cukai yer. Jangan lari. Kalau terkena banyak, minta bayar installment pun ok
Hutang – kurangkan hutang monthly installment, hutang pinjaman peribadi, hutang credit card, hutan kereta.
Pusaka – buat wasiat walaupun harta sedikit. Buat hibah kalau ada keperluan memberikan harta kepada yang kita mahukan ikut kehendak kita. Kredit buat Tuan Alwi Adam
Sumber: Hafidz Arif