Jika anda pernah bekerja di sebuah syarikat swasta, mereka ada mengamalkan reward untuk staff yang berjaya mencecah target yang mereka mahukan dan staff terbaik bulan tersebut. Contoh reward yang diberi adalah bonus gaji, hadiah saguhati dan kenaikan gaji. Ini dilakukan supaya para pekerja semakin bermotivasi dan bersemangat untuk bekerja di syarikat.
Tapi bagi anda yang bekerja sendiri menjual simkad, tiada siapa yang akan memberi reward untuk anda melainkan diri anda sendiri. Sebab itulah penting untuk anda reward diri anda jika target anda berjaya mencapai sasaran, ini sedikit sebanyak dapat membantu anda supaya terus maju dalam berniaga.
Reward diri dapat membantu anda merasa lebih bahagia dan mengelakkan stress kerana kerja yang berpanjangan. Cubalah letak reward jika aku berjaya jual 100 simkad sebulan aku akan makan di hotel yang mewah. Itu salah satu contoh untuk reward diri dan perkara ini tidak salah pun. Sebab itu duit anda dan hak anda untuk menghargai diri sendiri.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat