Pernah tak anda mendengar perkataan seperti “Tak Masuk Universiti pun boleh berjaya, baik fokus berniaga daripada habiskan ribuan ringgit untuk sambung belajar”.
Ada segelintir orang terutama golongan yang melakukan SCAM MLM memperlekehkan golongan orang yang bekerja dan pelajar yang sambung belajar. Kononnya apa yang golongan menuntut ilmu ini lakukan adalah salah.
Lebih baik berniaga daripada sambung belajar dapat duit banyak. Lagipun belajar memang untuk kerja dan kerja pula untuk mendapatkan duit. Jadi membazir masa habiskan 4 tahun belajar lebih baik teruskan berniaga.
Tuan tuan, Jangan jadi golongan yang memperlekehkan orang lain, tengok lah zaman sekarang ini. Apabila golongan STREAMER mulai mendapat pendapatan mencecah RM 20 ribu sebulan. Ada sesetengah orang yang mengatakan ingin berhenti belajar dan focus jadi streamer, tapi tidak berhasil mendapatkan pendapatan lebih 20 ribu seperti Streamer Soloz.
Apabila melihat instafamous dan youtuber yang berjaya menghasilkan pendapatan 5 angka ke atas. Golongan muda pun mulai malas belajar dan menanam cita cita ingin menjadi youtuber dan juga instafamous.
Lihat lah realiti di Malaysia ini, berapa ramai orang je yang berjaya menjadi youtuber, streamer dan instafamous yang mendapat pendapatan puluhan ribu ringgit?
Begitu juga dengan bisnes, walaupun anda ingin menyertai bisnes Tone Wow jangan sesekali meninggalkan pelajaran, tuntutlah ilmu sebanyak mungkin.
Kalau anda tiada pelajaran, orang yang mengenali anda akan mengatakan anda buat bisnes Tone Wow sebab tak berjaya dan tiada pelajaran. Bisnes ini bukan untuk golongan berpelajaran seperti mereka. Ini akan membuatkan anda tertekan dan mahu berhenti melakukan bisnes Tone Wow.
Tapi hakikatnya ramai yang berjaya dalam Tone Wow adalah golongan yang ada ijazah, seperti Branch Naim, Branch Madzelan Abas, Branch Wani. Mereka sudah masuk universiti dan berjaya dapatkan ijazah.
Bisnes Tone Wow ini adalah bisnes untuk golongan yang ingin menjana pendapatan pasif tanpa mengira had. Hanya dengan modal RM 10 sahaja mereka dah mampu menjana pendapatan pasif.
Ilmu pula adalah penting untuk memantapkan marketing anda, ilmu iklan, ilmu sosial, ilmu tentang simkad dan sebagainya. Sekarang anda yang sudah jadi ejen Tone Wow jangan sesekali memperlekehkan orang lain, buat lah bisnes dengan matang dan buatkan golongan bijak pandai tertarik dengan bisnes anda.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat