Tahun 2020 ni merupakan antara tahun sosial media mula mendapat perhatian segenap masyarakat di seluruh dunia. Namakan sahaja aplikasi Facebook, Instagram, Twitter dan linkedin orang akan kenal.
Sosial media boleh membawa kebaikan yang banyak kepada Masyarakat terutama usahawan muda yang baru sahaja berkecimpung dalam dunia marketing.
Facebook merupakan satu marketing tools tercanggih di tahun 2020 ini, bukan sahaja boleh membuatkan produk anda laris dipasaran tetapi berfungsi juga sebagai medium of interaction antara pemimpin dan rakyat, public figure dan peminat, ustaz dan anak murid.
Sebagai seorang usahawan muda yang baru sahaja join dunia perniagaan, facebook boleh menjadi satu senjata yang canggih untuk marketkan produk anda kepada dunia luar.
Untuk menjadikan facebook anda sebagai platform yang digemari ramai anda perlulah mengelakkan menulis isu politik dan perkauman jika anda bukan seorang ahli politik. Tulisan tentang isu perkauman dan politik boleh membuatkan ramai orang yang tidak sependapat dengan anda menekan butang unfollow kerana menyampah membaca tulisan anda.
Sebagai contoh anda menyukai BARISAN NASIONAL, tetapi follower anda mengundi PAKATAN HARAPAN. Segala tulisan yang memuji BARISAN NASIONAL tidak akan disenangi oleh follower anda kerana merasakan anda bias. Klimaks nya apabila follower anda menekan butang unfollow kerana tidak mahu bergaduh dengan anda.
Oleh itu, pastikan setiap kali anda menulis sesuatu ianya tidak berkaitan dengan isu perkauman dan juga isu politik. Kerana 2 topik ini akan menyebabkan anda kehilangan friend di social media. Lebih baik jika anda menulis sesuatu tentang isu bisnes, isu ekonomi dan pelbagai isu ilmiah yang menarik. Tulisan ini bukan sahaja dapat membuatkan follower anda bertambah tetapi dapat menambah kredibiliti anda dan orang akan segan apabila bertemu seseorang yang hebat menulis ilmiah di media sosial.
Bahkan follower anda di media sosial juga boleh berubah menjadi peminat kerana meminati tulisan anda. Ini memudahkan anda menjual sesuatu produk kepada mereka.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat