Berniaga merupakan 9/10 daripada rezeki!!!
Ramai orang yang nak berniaga kerana mahu menjadi kaya, tapi ramai orang yang kecundang kerana tidak cukup ilmu dan bermula dengan modal yang sangat banyak.
Kesalahan usahawan muda apabila mereka tidak mengkaji pasaran produk mereka dan terus memulakan dengan modal yang besar. Modal yang besar menyebabkan risiko anda semakin besar.
Jika anda meminjam RM 10 ribu untuk buat bisnes kepada pihak bank, tetapi bisnes anda gagal mencari pelanggan yang ramai untuk cover semula duit daripada bank potensi untuk anda muflis di usia yang muda sangat tinggi.
Mulakan bisnes dengan modal yang rendah, sebagai contoh dropship. Anda tidak perlu mengeluarkan modal hanya perlu menjual produk orang sahaja, tetapi perniagaan dropship ada risikonya juga.
Sebagai contoh anda dapat seorang customer yang mahu membeli iphone, selepas anda bank in duit company dropship iphone. Tiba tiba company dropship terus menghilangkan diri tidak dapat dikesan.
Customer akan menyalahkan anda walaupun anda hanya middleman. Ini semua menyebabkan anda terpaksa membayar ganti rugi kepada customer, sebab itu perlunya membuat soal selidik kepada company dropship yang anda minat.
Perniagaan terbaik adalah modal rendah tetapi untung berterusan, modal rendah tetapi untung banyak. Sekian.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat