Ramai yang ingin berjaya seperti Sifu Mazelan abas yang dapat income berjuta juta dalam bisnes Tonewow, ada yang berjaya mendapatkan income RM 1000, RM 2000 bahkan ada yang mencecah RM 10,000 tetapi ada juga yang gagal dalam bisnes ini.
Sebenarnya anda bukan gagal tetapi anda berputus asa kerana target anda yang terlalu tinggi pada bulan pertama menyebabkan anda tidak mahu meneruskan bisnes ini.
Penting untuk anda faham Tonewow ini adalah bisnes bertahan bukannya bisnes trending. Sebelum saya menulis tentang apa itu bisnes bertahan saya akan menceritakan dahulu tentang bisnes trending.
Bisnes trending merupakan bisnes yang laku pada satu satu masa. Sebagai contoh penjualan lembu dan kambing pada hari raya aidiladha. Ramai orang yang membuat langganan pembelian lembu pada hari tersebut.
Contoh yang paling mudah untuk anda lihat adalah bisnes jual mask, sekotak mask sebelum berlaku covid boleh didapati dengan harga RM 10 ke bawah. Tetapi sekarang RM 50 sekotak. Pada musim jerebu pula, banyak company mula menghasilkan mesin penapis udara tetapi selepas jerebu berakhir tak ramai yang memasarkan mesin penapis udara.
Manakala bisnes bertahan pula adalah bisnes paling stabil, sebagai contoh bisnes kedai baju. Baju merupakan barang keperluan tetapi seseorang itu tidak perlu membeli baju setiap bulan kerana cuaca di Malaysia ini sentiasa panas dan tidak perlu menukar fesyen dan membeli baju setiap bulan.
Walaupun begitu cuba lihat bagaimana mereka menjual baju sepanjang tahun, pada bulan 12 kedai baju mula menawarkan baju sekolah, seluar sekolah dan kasut sekolah. Pada hari raya pula mereka menawarkan baju melayu dan baju kurung. Boleh dikatakan setiap kali ada event seperti hari raya, tahun baru cina dan sebagainya mereka akan membuat promosi. Pada hari biasa pula mereka akan memberi diskaun dan bertahan tidak menutup bisnes. Hasilnya jenama seperti HARI HARI, H&M menjadi terkenal .
Sekarang ini kita ambil pula contoh TONEWOW. Pada tahun 2013/2014 simkad TONEWOW yang dahulunya nama TONEEXCEL menjadi tular di media sosial kerana menjadi antara simkad terawal yang memberikan unlimited income kepada pengguna. Ramai yang join ketika ini sehingga mendapat peningkatan pengguna berkali ganda.
Tetapi menjadi slow pada tahun 2017/2018 kerana telco yang lain mula menawarkan plan unlimited call dan sebagainya. Walaupun slow tetapi dealer tetap bertahan dan tidak menukar ke telco lain yang lebih murah. Akhirnya kini mendapat pendapatan mencecah 5 angka. Ketika viral dealer tonewow sibuk membuat iklan dan ketika kurang popular dealer tonewow tetap bertahan.
Kini TONEWOW menjadi viral semula kerana mula menawarkan pelan unlimited call dan juga 89GB data dengan harga serendah RM 50 sebulan. Memang sangat murah!!
Kesimpulannya, jangan melompat sana sini melakukan bisnes. Bertahanlah hanya dengan satu bisnes. Orang yang melompat sukar untuk mendapatkan income yang stabil.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat