Branding kan diri sendiri!!! Tak ramai yang tahu tentang diri sendiri boleh di brandingkan di media sosial. Ramai orang yang apabila mendengar branding mereka ingat brand (jenama) sahaja tetapi tidak faham akan maksud branding diri.
Saya bagi contoh dalam bidang eSport ramai yang mengenali nama mushi dan soloz sebagai pro gamer. Sebut sahaja nama mushi teringat tentang Dota 2 dan sebut sahaja nama Soloz akan terbayang Mobile Legend.
Bagusnya apabila kita brandkan diri di media sosial orang akan mudah kenal. Sebagai contoh kita brandingkan diri sebagai Pro Gamer. Setiap kali nak main game sahaja kita iklankan di facebook dan buka live stream untuk kawan di facebook menonton sama.
Apabila ada sahaja tournament mahupun event yang memerlukan Pro Gamer, kita akan dipanggil kerana sudah dikenali sebagai player Pro Gamer
Begitu juga dalam bisnes Tone Wow. Ejen yang bijak akan membrandingkan diri mereka sebagai Penjual Simkad Tone Wow. Apabila mereka melakukan aktiviti sebagai contoh membuka Booth menjual simkad mereka akan tulis di Facebook.
Setiap kali ada majlis, cabutan bertuah daripada Tone Wow mereka tanpa segan akan turut mengiklankan di Facebook sehingga orang mengenali mereka sebagai penjual Simkad Tone Wow. Ini menyebabkan apabila kawan, kenalan di facebook ingin bertukar simkad baru, mereka akan terus teringat tentang penjual Simkad Tone Wow
Kita bertuah hidup di zaman yang dunia berada di hujung jari, hanya dengan menekan skrin telefon maklumat terus dapat. Nak buat kek taip sahaja “resepi kek”, nak tengok keadaan bulan taip sahaja “BULAN” akan muncul pelbagai website sesuai dengan kehendak.
Begitu juga dengan branding, ianya percuma hanya perlukan akaun media sosial sahaja. Dengan ini kita dapat mencapai ratusan pelanggan dengan mudah. Kalau dulu kita hanya dapat jual Tone Wow pada 10 orang tapi apabila brandingkan diri dapat jual kepada 100 orang.
Spam wall anda tentang kelebihan simkad, kelajuan internet telefon dan sebagainya orang akan kenali anda sebagai Penjual Simkad Tone Wow
Walau dalam bidang apa sekalipun jangan lupa untuk brandingkan diri, Jika jual motor guna hashtag berkaitan motor, jika jual komputer gunakan hashtag berkaitan komputer. Dan ingat jangan sesekali malu dengan orang, abaikan segala ejekan dan tohmahan orang lain. Yakin lah yang anda buat itu betul
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat