Berkenalan dengan bisness tonewow betul betul merubah diri yong. Sebelum menyertai Tone Wow yong ada sifat negatif dalam diri. Yong pasif, tak suka jumpa orang, rasa tak yakin diri, dan yang paling teruk setiap kali jumpa orang yang tak kenal atau berada ditempat sesak yong akan dapat sakit kepala dan rasa nak muntah.
Sebab tu yong selalu elakkan tempat sesak dan bertemu orang orang baru.
Semua tu berubah bila yong menyertai Tone Wow. Pada awalnya mak yang beli simkad Tone Wow. Beberapa hari kemudian yong mintak izin suami nak buat bisness jual simkad.
Masa tu dalam tangan ada rm 50. Mintak Allah mudahkan perjalanan ini. Sebenarnya rm50 tu duit terakhir kiranya. Kami pun bukan orang senang. Nekad nak ubah semuanya.
Lepas daftar sebagai ahli Tone Wow adalah yong buat iklan kat facebook. Tapi masa tu yong masih dalam proses “merawat diri sendiri”. Yong join Tone Wow dalam bulan march. Sebulan jek yong rajin beriklan lepas tu yong under depression.
Satu hari sahabat yong tanya pasal tonewow. Masa tu PKP dah mula. Oklah yong pun terangkan pasal simkad Tone Wow ni. Dengan izin Allah sahabat yong pun join tonewow. Alhamdulillah ❤️
Lepas tu yong senyap semula. Masih lagi belum baik hati ini. Masih dalam kegelapan ?.
Satu hari yong ajak sahabat yong jumpa leader. Masa dua minggu sebelum tu ada gak buat iklan. Diri pun masa tu makin ok. Lepas jumpa leader yong terus bersemangat. Tapi terlalu bersemangat beberapa kali jugak yong terduduk. Bermain dengan perasaan sendiri.
Yong tetap sebarkan manfaat simkad Tone Wow kepada semua. Buat buat dan buat yong dapat daftar beberapa orang. Sejak dari tu yong dah mula reset semula diri yong rohani dan jasmani.
Tak mudah tapi yong tetap kuatkan semangat. Yong cabar diri sendiri.
Yong mula keluar jumpa prospek yang nak tahu pasal Tone Wow. ( Alhamdulillah dapat closed dorang ). Yong cari kawan baru. Heboh hebohkan diri kat public. Jual diri kat facebook. Beranikan diri buat video dan live.
Mungkin bagi sesetengah orang benda tu senang tapi bagi yong rasa nak muntah dan sakit kepala masa baru- baru buat ? Dan akhirnya yong beranikan pergi pasar tani di taman yayasan.
Sebenarnya baru dua kali join pasar tani tapi ia titik permulaan untuk sebuah keberanian. Ye sekarang yong dah makin berani. Lagilah ada dorongan dari team. Kawan – kawan dalam team selalu bagi nasihat dan tunjuk ajar. Dapat dealer dealer yang baik dan bersemangat. Yong pun makin bersemangat.
Sekarang yong dah buang yang keruh ambil yang jernih. Yong lebih positif dan rasional ❤️ Yong mula cabar diri sendiri. Dari takut nak ambil stok dan beli tools yong mula kumpul duit sikit sikit untuk beli semua tu.
Serius bila kita berada dipersekitaran negatif bukan senang kita nak bangkit lagilah kalau perkara negAtif tu umpama bayang bayang. Tapi yong suka cabaran walau melangkah dengan terkial kial ?
Walaupun sekarang yong masih bukan siapa siapa dalam Tone Wow tapi yong akan berusaha menjadi seseorang yang kuat dan kental ? Moga moga semangat yong seiring dengan usaha yong.
Korang semua tak kisahlah bisness apa pun korang join perkara paling penting usaha dan semangat. Kalau semangat sahaja mungkin akan luntur lama lama semangatnya tapi kalau dua dia bergandingan inshaallah kita semua boleh pergi lagi jauh.
Misi yong nak auto upgrade ke Junior Centre. Inshaallah dalam masa terdekat ni. Walaupun yong guna 90% online tapi yong percaya dengan usaha doa dan tawakal yong boleh capai.
Dalam masa yang sama yong akan buat offline jugak. Moga Allah mudahkan urusan yong dan team ?
Kita selalu gagal dan orang selalu ketawakan tapi jangan jadikan alasan gagal itu untuk kita terus berada di tahap yang sama. Biarlah orang kata kita hangat hangat tahi ayam sebab seiringan dengan usia kita akan makin matang dalam perancangan kehidupan kita.
Tak semua orang berada ditakuk yang lama semata- mata kita lihat dia pernah gagal.
Yang berjaya dalam bisness semuanya bermula dengan kepayahan.
Dalam situasi ekomoni yang tak menentu kita tak banyak peluang Sama ada kita teruskan dengan peluang yang ada atau kita terus menunggu peluang peluang lain tanpa bertindak. #penulisanHA
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat