Sedekah merupakan perkara yang baik dan disukai oleh Allah, amalan sedekah dapat merapatkan silaturrahim sesama manusia dan dapat mengeluarkan seseorang itu daripada kesulitan.
Perbuatan sedekah bukan hanya dilakukan oleh orang kaya sahaja, bahkan orang yang susah juga boleh bersedekah.
Mungkin ada yang mengganggap sedekah membuatkan seseorang itu semakin miskin kerana mengeluarkan sedikit harta dan beri kepada orang yang tidak berkemampuan. Tetapi jangan takut sedekah dapat membuatkan rezeki anda semakin luas dan dipermudahkan.
Anda mahu mudah buat duit? Bersedekahlah, Antara sebab dipanjangkan umur ialah dengan menyambung dan memelihara silaturrahim, seperti tsabit daripada hadis Anas juga:
مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ، أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
Maksudnya: Barangsiapa yang suka untuk diluaskan baginya rezeki, dan dipanjangkan umurnya, maka sambungkanlah silaturrahim.
Hadis riwayat al-Bukhari dalam al-Sahih (2067)
Tahukah anda semenjak tahun 2000 Bill Gates telah mengeluarkan donation mencecah $4.6 billion dollar. Walaupun terlalu banyak bilangan jumlah sedekahnya, tetapi hartanya semakin banyak dan asetnya semakin bertambah.
Terbaru pula kisah ustaz ebit lew yang telah turun padang untuk memberi bantuan ketika PKP. Ustaz ebit telah mengeluarkan RM 1 juta untuk memberi bantuan sedekah ketika PKP kepada orang yang kurang berkemampuan. Siapa sangka kalau dahulu ustaz hanya ada kedai baju, restoran, jual buku dan penceramah tetapi selepas PKP ustaz telah membuka ELEWSMART untuk membeli barang keperluan dengan harga yang murah.
Sedekah tidak membuatkan anda miskin percayalah dan sedekah juga bukan hanya pada orang kaya sahaja, orang yang bergaji RM 1000 sebulan juga boleh bersedekah. Jika mampu keluarkan lah 10% daripada hasil gaji untuk disedekahkan dan jika tak mampu keluarkan lah 1% gaji sebulan untuk bersedekah.
Walaupun gaji anda RM 1000, keluarkan lah RM 10 sebulan untuk beri gelandangan makan atau jika tidak berjumpa dengan gelandangan berilah sedekah itu kepada kucing. Bagi sedikit makanan kepada mereka.
Orang yang hebat adalah orang yang tetap bersedekah kerana Allah. InshaAllah jika anda rajin bersedekah urusan anda akan dipermudahkan dan anda akan mudah buat duit .
Sumber: HAFIDZ ARIF
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat