Baru sahaja menonton Filem di Apple Music bertajuk Planet Of Apps, sangat menarik dan memberi informasi berkaitan dunia perniagaan dan pelaburan.
Disini saya ingin berkongsi ilmu yang saya dapat kepada anda semua mungkin sebahagian daripada ilmu ini anda boleh guna dalam perniagaan anda.
BURN RATE? Apa itu BURN RATE?
Dalam bahasa mudah berapa banyak sebuah syarikat baru losing money dalam sebulan! (Baki Duit Permulaan – Baki Duit Pengakhiran). Contoh mudah anda 1 Orang Staff digajikan RM 2000 , total gaji untuk 4 orang staff dan juga bos adalah RM 11,000 dicampur pula dengan kos menyewa pejabat eletrik. Bermakna sebulan anda perlu RM 15,000 untuk mengekalkan perniagaan anda. Pengiraan Burn Rate termasuk (Gaji, Cukai, Bill Eletrik dan Air, Sewa Pejabat dan sebagainya)
Dengan mengira Burn Rate kita dapat mengagak berapa lama sebuah syarikat boleh bertahan sebelum OUT OF BUSINESS.
Jika sebuah syarikat baru berjaya mendapatkan investor mereka akan dikenali sebagai Pre Series A Company. Yang bermaksud Investor sudah mula memasukkan wang pelaburan pertama kepada mereka.
Ok berbalik kepada kita Penjual Tone Wow, jika anda bercadang ingin berhenti kerja atau diberhentikan kerja kerana Covid. Pengiraan Burn Rate boleh dilakukan seperti ini
(Simpanan Dalam Bank) – (Total Sebulan Perlu Digunakan) = (Berapa Lama Perniagaan Boleh bertahan sebelum duit Bank Kosong)
Kalau dalam bank cuma ada RM 15,000 dan sebulan anda perlu gunakan RM 3,000 untuk menampung keluarga. Bermakna anda cuma tinggal 6 bulan sahaja untuk berjaya mendapatkan Income RM 3000 daripada Tone Wow untuk menampung kehidupan anda.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat