1. Kena bangun awal sebelum subuh. Teguk air masak segelas untuk mengaktifkan semua organ dalaman.
2. Mandi, solat sunat 2 rakaat (tahajud),panjatkan doa dan hajat yang dikehendaki, doa minta keampunan atas dosa-dosa kita, sujudlah dalam keheningan sepertiga malam.
3. Ambil sarapan yang pagi, Mulakan makanan sihat, Kalau boleh buat sendiri kalau tak sempat beli kedai sebab sarapan pagi adalah untuk kita recharge tenaga untuk kerja-kerja seterusnya.
4. Kalau keluar rumah jangan lupa doa minta Allah lindungi, Siapa semua orang yang kita jumpa dengan memberi salam. Kita akan dapat jawapan salam semula. Doa itu kebaikan yang besar untuk diri kita.
5. Set dalam kepala hari ini pasti dapat belajar lagi perkara baru dan benda-benda yang bermanfaat.
6. Keadaan rumah kena sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas. Untuk kita berasa tenang dan senang bila dirumah.
7. Lakukan semua aktiviti harian kita dengan ikhlas dan penuh keriangan untuk kita sentiasa. tampil muda.
8. Tidurlah awal untuk kita dapat bangun awal dan memulakan aktiviti harian gaya sihat
9. Buat jadua kerja rumah dan pejabat (sekiranya bekerja) untuk kita manage masa kita supaya lebih teratur.
Mungkin nampak sukar tapi cuba anda buat. Keajaiban akan datang dengan perubahan diri. Hati dan jiwa lebih tenang. Mudah melupakan segala masalah yang datang dan tak terdetik di hati untuk kacau hidup orang lain atau pikirkan tentang hidup orang lain ia
lebih fokus kehidupan sendiri dan masa depan keluarga.. inshaALLAH #penulisanHA
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat