Tips Tentang Kehidupan,
“Tiada jalan mudah untuk berjaya, Bertindak terus sepenuh jiwa”
Ada orang kata, kalau nak berjaya kena belajar tinggi-tinggi, kena ada sijil dan kelayakan, kena ada pengalaman. Tetapi bagaimana dengan orang yang tidak dapat berlajar tinggi, bagaimana orang yang tiada sijil atau kelayakan, bagaimana orang yang tidak ada pengalaman.
Bagi saya setiap orang yang berjaya bukan sekadar hanya pada kertas atau pada sijil dan pangkat tetapi pada diri mereka sendiri. Kenapa saya cakap begitu, kerana setiap orang yang berjaya, mereka mempunyai mentaliti yang kuat, keyakinan diri, keinginan untuk berjaya, dan kesabaran yang tinggi dalam mencapai kejayaan mereka tersendiri.
Jadi janganlah malas, janganlah angkuh, janganlah tamak dan janganlah pentingkan diri sendiri. Bergeraklah maju kehadapan, terimalah apa jua kegagalan, belajarlah dari kekalahan, dan bangkitlah dengan penuh keberanian, maka anda akan berjaya menempuh segala halangan dalam hidup anda.
Ingat!! Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha dan doa. #penulisanHA
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat