Apabila internet menjadi perlahan dan coverage hanya dapat 1 atau 2 bar kita menyalahkan telco kerana tidak menyediakan rangkaian di tempat tersebut. Tetapi bukan rangkaian sahaja yang menyebabkan internet menjadi perlahan, model telefon juga penyebab internet menjadi perlahan.
Menurut youtube channel Max Tech, dia telah mencuba 2 jenis model telefon yaitu iPhone 11 pro dan juga Iphone 12 di kawasan yang mempunyai signal yang rendah dan internet yang sangat perlahan yaitu 6 mbps download sahaja. Menurut kajian yang dilakukan Iphone 12 mampu menarik kelajuan internet 6 kali ganda lebih laju daripada Iphone 11 yaitu sebanyak 38 Mbps ini disebabkan modem X55 yang digunakan oleh Iphone 12 lebih berkuasa.
Menarik bukan walaupun kawasan signal rendah tetapi iphone 12 mampu menarik kelajuan LTE yang sama jauh lebih laju berbanding iphone 11.
Iphone 12 versi US dan Iphone 12 versi global pula sangat berbeza, iphone 12 versi us mampu menarik kelajuan internet sebanyak 3500 mbps kerana versi usmenggunakan antena 5G mmWave manakala iphone 12 versi global tidak disediakan antena 5G mmWave. Walaupun begitu masih berbaloi untuk membeli iphone 12 kerana modem X55 yang digunakan.
Moga dengan informasi berguna ini dapat membantu para user Tone Wow memilih keputusan yang tepat ketika membeli telefon baharu.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat