Ramai orang yang mudah tertipu dengan skim-skim yang menjanjikan dapat duit dengan mudah. Dari pemerhatian saya, kenapa ramai orang mudah tertipu dengan skim begini adalah kerana mereka suka dengan perkataan “JADI YANG TERAWAL”.
Apa saja program atau pun skim yang menjanjikan pulangan duit, jika mereka jual saja perkataan jadilah yang terawal, jadi yang pertama atau jadi yang teratas, maka berbondong-bondonglah orang kita yang akan sertai. Lebih menyedihkan, yang menyertai skim-skim ini adalah putaran orang yang sama sahaja. Dan mereka terus berharap agar skim ini boleh mengubah hidupnya.
Kawan-kawan, Kejayaan berkadar terus dengan masa. Tiada istilah anda boleh berjaya dengan cepat!
Tiada istilah “bisnes” yang tiada cari pelanggan, Tiada istilah bisnes yang sekadar jadi yang terawal, Tiada istilah bisnes semudah ABC boleh jadi kaya, Waktu ini ramai tengah terdesak. Maka banyak skim-skim begini akan muncul untuk ambil kesempatan atas kesempitan orang lain.
Jika kita dah susah, jangan tambah susahkan lagi hidup dengan benda-benda begini. Skim-skim ini tidak akan berhenti selagi orang kita asik lupa dengan kecidukkan yang lepas.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat