KWSP atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja merupakan dana untuk masa hadapan, tetapi di waktu yang terdesak ketika pandemik sedang dilanda. Duit ini amat diperlukan untuk kelangsungan hidup rakyat supaya ekonomi dapat berjalan dengan lebih stabil seterusnya wujud peluang pekerjaan baru. Disebabkan itu lah kerajaan membenarkan pengeluaran one off KWSP sebanyak RM 10,000.
Disini saya tidak ingin mengutarakan akan kepentingan KWSP akan tetapi saya ingin menegaskan akan bahaya yang anda bakal hadapi sekiranya duit KWSP tidak digunakan di jalan yang betul. Scammer sedang memasang perangkap supaya mereka dapat menipu duit KWSP anda. Ada banyak scammer di Malaysia ini contohnya macau scam dan ponzi scam, apa yang perlu kita buat adalah dengan mengenali corak bagaimana mereka bekerja dan menipu duit kita.
Contoh paling mudah adalah panggilan palsu yang mengatakan anda kena saman atau pun panggilan palsu mengatakan duit dalam bank anda telah hilang kerana dicuri. Matikan sahaja panggilan telefon jika dapat mesej daripada scammer. Mereka akan cuba memperdaya anda dengan mengorek rahsia bank anda seperti username dan password serta nombor TAC.
Pastikan jangan tertipu terutama selepas anda mengeluarkan duit KWSP. Belanja lah mengikut keperluan dan tabahlah dengan ujian yang dihadapi.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat