First Impression atau pandangan pertama adalah penting ketika bertemu orang lain, Terutamanya bertemu orang yang penting, rakan bisnes, bakal client. Pemakaian yang kemas dan sesuai sangat penting untuk mewujudkan keyakinan dan pandangan yang baik kepada anda.
Untuk mewujudkan pandangan yang baik terhadap orang yang kita bertemu itu, kita perlu lah memakai pakaian yang kemas serta sesuai pada waktu tersebut dan juga menjaga sikap kita ketika bercakap.
Sebagai contoh anda mahu bertemu keluarga teman wanita anda, adakah anda akan memakai baju singlet sambil berselipar? Anda akan pakai pakaian yang kemas dan kena pada waktu nya betul tak?
Sebagai contoh, anda akan pakai pakaian kemeja atau tshirt berkolar serta memakai sedikit wangian untuk membuatkan pandangan keluarga teman wanita anda baik kepada anda.
Sama juga ketika anda ingin temuduga pekerjaan, anda tidak akan memakai tshirt tanpa kolar dan berselipar. Paling tidak pun anda akan memakai baju berkolar, berkasut dan juga seluar slack. Orang yang melakukan bisnes paling tidak pun akan mengenakan baju kemeja ketika bertemu client.
Bagaimana pula dengan peniaga Tone Wow seperti kita dress code apa yang sesuai?
Terdapat beberapa baju yang sesuai untuk anda mengikut siapa yang anda bertemu. Pemakaian kemeja sesuai untuk orang yang kaya dan ternama, tetapi anda juga boleh bertemu mereka dengan pakaian kemeja berlogo Tone Wow untuk menceritakan produk kepada mereka.
Walaupun tidak dinyatakan dress code dalam bertemu customer Tone Wow, tapi elakkan lah memakai selipar, memakai seluar track sukan, seluar jeans koyak. Jika anda memakai pakai seperti ini, anda membuatkan mereka menganggap anda tidak serius, kebudak budakan dan sebagainya.
Pakailah baju Tshirt berkolar, lebih bagus tshirt yang ada logo Tone Wow, pakai juga jam tangan untuk menunjukkan anda seorang yang suka menepati waktu.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat