Buat yang baru untuk mulakan bisnes, 4 perkara asas anda perlu tahu untuk dapatkan pelanggan.
Tak kira anda buat Bisnes secara Online mahupun Offline, jika 4 perkara asas ini anda kuasai, maka macam-macam jenis kaedah marketing anda boleh buat.
1. Beri Nilai
Rakan-rakan, pastikan sudah kuasai pengetahuan produk anda sendiri. Anda perlu tahu apa kelebihan produk anda dan serba sedikit perbezaan yang ada pada pesaing. Tak adalah nanti mudah kena tembak.
Fokus pada target market. Pada siapa anda nak target. Bukan semua orang itu pelanggan kita.
Contoh, walaupun saya jual simkad Tone Wow, jika ikut logik akal ada 30 juta orang guna henfon. Tapi bukan semua target market yang tepat. (Yang minat dengan simkad Tone Wow)
Saya hanya perlu target market yang sesuai dengan produk simkad Tone Wow saya dimana mampu topup RM50 keatas sebulan dan suka dengan pelan Tone Wow 89GB data dan mahukan Unlimted Call.
Dari 30 juta orang, saya hanya perlukan 3,000 pelanggan sahaja yang betul-betul tepat dengan produk simkad Tone Wow saya tawarkan. Set target market kita dan fokus pada target tersebut, jalan terus!
2. Simpan Database
Semua prospek yang berminat, kita perlu simpan database mereka. Mereka ini sudah minat, cuma tinggal masa sesuai untuk membeli. Anda mesti simpan data mereka.
Pelanggan yang sudah berminat, jauh lebih mudah untuk jual berbanding dengan mencari pelanggan baru. Jangan sia-siakan database pelanggan tersebut. Anda kena pastikan mereka ingat anda dalam kepala mereka. Bila mereka berubah fikiran, mereka akan cari anda.
3. Closing
Perbaiki cara closing. Tidak kira samada anda buat Bisnes cara offline atau pun Online, cara bercerita ini sangat memainkan peranan penting dalam proses meyakinkan prospek anda.
Teruskan bercerita dan belajar dari pengalaman anda bercerita. Dari situ, anda akan jumpa dimana tempat anda mesti tekankan, dan dimana tempat tak perlu ditekankan. Dari pengalaman juga, anda akan tahu mana perlu anda cerita dan mana perlu anda jangan cerita.
Tiada yang sempurna dan tiada jalan pintas. Lebih banyak anda closing, lebih banyak anda akan belajar dari kesilapan. Dari situ akan mematangkan anda dalam closing.
4. Follow Up
Tak kira prospek yang sudah menjadi pelanggan anda atau prospek yang belum membeli lagi. Setiap dari mereka, anda perlu follow up yang betul.
Follow up ini bukan sahaja tujuan untuk menyuruh beli, tetapi untuk memastikan ada “enggagement dan trust” pada anda.
Follow up ini jauh lebih mudah berbanding anda perlu mencari lagi pelanggan yang baru. Manfaatkan kaedah tersebut.
Contoh, jika saya promosikan simkad Tone Wow melalui kaedah Bisnes Online,
Perkara pertama, saya akan menawarkan apa nilai untuk selesaikan masalah mereka. Saya tawarkan data & call tanpa had dengan pelan serendah RM50, maka dari situ prospek yang tepat mereka akan whatsapp saya.
Dari situ, orang yang berminat saya akan simpan database mereka dan mulakan proses closing. Cerita dengan kaedah yang betul, dengan skrip yang mudah mereka faham dan naikkan nafsu mereka untuk membeli. Jika beli hari ini, Alhamdulillah, dan jika tak beli hari ini, saya sudah siap untuk follow up kemudian waktu.
Begitulah..
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat