Malas adalah musuh utama kejayaan, untuk berjaya dalam hidup perlu buang sifat malas. Kadang malas itu akan muncul apabila kita sudah penat berusaha tetapi kejayaan itu tidak tiba dan malas juga boleh muncul kerana kita sibuk leka berhibur. Jadi adakah anda malas sebab putus asa atau malas kerana leka berhibur?
Jika anda malas kerana leka berhibur seperti menonton Netflix, bermain playstation 5 dan sibuk melayan media sosial. Ketahuilah perbuatan anda itu akan menyebabkan anda jauh ketinggalan dengan orang lain, jika sesekali ingin melayan perasaan itu tidak mengapa tapi kalau setiap hari itu sudah menjadi satu penyakit.
Ada pelbagai cara untuk mengelakkan anda malas, yang pertama adalah membuat jadual waktu harian anda. Rancang waktu sehari anda apa yang perlu dilakukan, tiada masalah untuk meletakkan waktu rehat tetapi lebih baik jika membanyakkan waktu produktif seperti membaca buku, belajar, membuat kerja, beramal ibadat dan bersenam. Masa rehat pula adalah bersama keluarga yang tersayang.
Yang kedua, adalah tukar hobi anda kepada sesuatu yang memberi manfaat. Sebagai contoh jika anda leka bermain game anda boleh tukar hobi itu kepada pergi GYM untuk jaga kesihatan. Dengan bermain GYM anda akan menjadi lebih sihat, tidak mengantuk dan badan lemah serta memberi aura positif kepada anda.
Sekarang kita berbalik semula apabila malas kerana putus asa!! Kita perlu ingat, kejayaan itu bukan mudah jika anda putus asa tidak mengapa untuk rehat sebentar serta merancang strategi baru dan bangun kali kedua untuk mencapai kejayaan yang lebih banyak.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat