Sebelum anda membuat iklan penting untuk memikirkan Headline yang menarik. Kata Neil Patel, “Dari 10 orang, 8 orang akan baca headline.”
Hal ini menunjukkan headline mempengaruhi 80% target market kita buat keputusan. Sama ada nak baca iklan kita atau abaikan sahaja iklan kita dan berlalu pergi begitu sahaja. Sekiranya headline kita ke laut, kita sudah kehilangan 80% potensi target market kita.
Oleh itu, headline boleh menjadi punca kejayaan atau kehancuran kempen iklan anda, sebab itulah apabila selesai sahaja buat iklan anda perlu menyemak kembali iklan anda adakah headline itu menarik atau tidak. Penting juga untuk menguasai edit gambar supaya headline anda bukan sahaja kelihatan menarik tapi poster itu juga kelihatan menarik.
Ingat tak rugi untuk kita sentiasa belajar ilmu baru, terutamanya ilmu berkaitan marketing. Buat sahaja yang terbaik dalam bidang marketing inshaAllah anda akan berjaya. Setiap kali berdepan masalah apabila iklan anda tak berhasil cuba selak balik poster tersebut apa yang kurang adakah headline atau corak poster tersebut.
Sumber: Hafidz Arif