Hargailah ibu bapa dan orang yang telah membesarkan anda sejak daripada kecil lagi. Setiap orang yang masih mempunyai ibu bapa yang menyayangi dan membesarkan anda dengan sangat baik anda merupakan orang yang bertuah di dunia ini.
Seorang ibu sanggup tidak tidur kerana risau anaknya digigit oleh nyamuk, bahkan seorang ayah juga sanggup tidak makan untuk melihat anaknya kenyang dapat makan.
Di usia yang sudah dewasa ini mungkin kita terlepas pandang kerana sibuk bekerja dan mempunyai komitmen bulanan yang tinggi. Menyebabkan kita terlupa akan ibu bapa yang berada di kampung.
Kalau dahulu kita belajar sampai masuk universiti kerana bercita cita mahu menjaga ibu bapa ketika mereka sudah tua, tetapi selepas bekerja kita terlalu sibuk sehingga mengabaikan mereka yang sudah uzur.
Sebagai seorang anak jangan lah sesekali lupa untuk beri sebahagian daripada gaji kepada mereka. Paling minima pun bagi lah 10% daripada gaji anda kepada mereka untuk teruskan hidup, jenguklah mereka setiap minggu atau bulan supaya mereka tidak kebosanan.
Terdapat sebuah kisah benar yang berlaku kepada seorang lelaki yang rapat dengan ayah saya. Dia membuat keputusan mahu memberi sebahagian gaji kepada ibunya dan telah mengeluarkan RM 4000 hanya untuk kegunaan ibu dan bapanya.
Beberapa hari kemudian dia mendapat projek baru yang bernilai belasan ribu ringgit, bahkan banyak lagi projek baru dia berjaya dapatkan. Rezekinya tidak putus putus hasil memberi kepada keluarganya.
Jangan sesekali kedekut kepada ibu bapa, adik beradik dan juga ahli keluarga sendiri. Belanjalah mereka dan investlah demi akhirat dan jangan lupa untuk meminta mereka mendoakan supaya dapat rezeki yang berkat dan halal selamat dunia akhirat. InshaAllah anda akan mudah buat duit.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat
