Yang pernah mengikuti kursus bisnes mungkin akan mendengar perkataan BIG WHY ditekan oleh penceramah sebelum memulakan bisnes. BIG WHY atau SEBAB TERBESAR seseorang itu memulakan bisnes sangat penting untuk kita sentiasa konsisten dengan sesuatu bisnes tanpa menyerah kalah.
Seseorang itu akan berjaya dalam bisnes jika tidak berputus asa dan bertahan walaupun dalam keadaan yang sukar terutama ketika waktu sekarang. Disebabkan itulah BIG WHY atau SEBAB TERBESAR seseorang memulakan bisnes perlu ada pada setiap usahawan muda supaya apabila semangat luntur ketika dilanda masalah, kita tidak akan mengalah dan menutup perniagaan.
Sebagai contoh apakah BIG WHY seorang peniaga pisang goreng menjual di tepi jalan dan kenapa makcik pisang goreng bertahan bertahun tahun walaupun kadang kala tiada pelanggan ketika hujan lebat.
Kebiasaannya BIG WHY mereka adalah untuk membesarkan anak dengan mendapat makan yang mencukupi serta dapat bersekolah dan masuk universiti. Mereka tetap bertahan dan tidak menukar pekerjaan walaupun kadang kala dilanda masalah seperti hujan lebat.
BIG WHY seorang founder brand seperti brand fashion hanbok yang dipakai oleh BLACKPINK di musik video terbaru mereka pula adalah, supaya dapat mengenalkan budaya korea kepada orang luar dan menyebabkan foreigner jatuh cinta kepada korea kerana kecantikan baju hanbok.
Setiap orang mempunyai BIG WHY berbeza kenapa dia memulakan bisnes, ada yang mulakan bisnes kerana mahu menyara anak, ada yang memulakan bisnes kerana mahu menjadi kaya, ada yang mahu budaya negara terkenal di serata dunia.
Kesimpulannya, semakin kuat BIG WHY seseorang akan menyebabkan dia berusaha sebaik mungkin dan tidak mengalah walaupun berada dalam keadaan yang sukar.
Sumber: HAFIDZ ARIF
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat