MODAL PERNIAGAAN JANGAN DI USIK
Modal perniagaan adalah perkara utama yang mengerakkan sesuatu perniaggan, jadi larangan utama dalam bisnes atau perniagaan adalah tidak mengusik modal perniagaan. Modal perniagaan hendaklah di asingkan daripada wang peribadi dan keuntungan perniagaan. Sebaiknya membuat dua akaun bank berbeza antara wang syarikat dan wang peribadi. Perbelanjaan perniagaan hendaklah direkodkan dengan teratur dalam buku kira-kira dan apabila bisnes telah berkembang sebaiknya mengaji akauntan untuk menjaga wang perniagaan.
MEMILIH PRODUK PERNIAGAAN YANG MUDAH DIJUAL DAN TIADA RISIKO KEROSAKKAN
Pemilihan produk perniagaan amat penting supaya produk perniagaan yang hendak diniagakan mudah dijual, permintaan yang tinggi, tidak mudah rosak, sudah dikenali dan tidak dimakan zaman. Salah satu contoh produk untuk perniagaan yang terbaik adalah seperti barang keperluan harian dan emas. Pengalaman saya mulakan perniagaan ikan bilis yang di beli dari Thailang kerugian kerana ikan bilis dan ikan kering mudah rosak. Jadi jika hendak berniaga produk mudah rosak mestilah mencari pelanggan terlebih dahulu dan mengambil barang dalam jumlah yang kecil.
DAPATKAN PENGALAMAN PERNIAGAAN DAHULU SEBELUM MULA BISNES
Pengalaman amat penting dalam sesuatu perniagaan kerana ianya adalah ilmu yang tidak di ajar di sekolah. Pengalaman ini boleh diperolehi apabila menjadi pekerja atau kuli dalam sesuatu perniagaan. Pengalaman bekerja ini adalah strategi keusahawanan secara praktikal untuk mendapatkan ilmu perniagaan, kemahiran asas dalm perniagaan dan sebagainya. Contohnya, jika mahu berniaga computer, bekerja dan cari pengalaman di kedai computer. #PenulisanHA
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat