Makin besar networking makin besar income yang anda boleh jana. Pernah tak kita dengar tentang perkataan ini?
Kalau diikutkan memang logik, beza antara individu yang hanya mempunyai kawan 2 orang dan individu yang mempunyai kawan 100 orang. Jika mereka menjual, individu yang ada kawan 100 orang lebih mudah melakukan marketing dan jualan kerana mempunyai kawan yang ramai. Manakala individu yang hanya memiliki 2 orang tidak dapat menjual produk kepada rakan.
Sebab itu lah pentingnya membina hubungan silaturrahim dan seterusnya membina networking di dalam bisnes. Saya bagi contoh mudah, jika terjumpa orang di surau cuba bina hubungan dengan mereka. Cara paling mudah memberi nombor telefon dan memperkenalkan diri pada mereka.
Mungkin ada di antara orang surau yang bekerja dalam bidang profesional, businessman dan mempunyai pelbagai kabel disana sini. Anda juga boleh menjadikan orang surau sebagai prospek anda. Tak terhenti setakat itu sahaja, bahkan ketika anda di kedai makan anda boleh buat hubungan silaturrahim dengan tauke dan staf di kedai makan.
Perkara ini dapat membantu anda dalam perniagaan Tone Wow untuk membina networking yang kukuh. Hubungan silaturrahim antara kita dan pelanggan haruslah dijaga.
Tone Wow bisnes jual simkad tapi disebalik jual simkad, kita dapat menghubungkan silaturrahim sesama muslim. Seterusnya berjaya bersama sama dalam bisnes Tone Wow.
Walaupun orang pandang bisnes Tone Wow sebelah mata hanya kerana untung setakat RM 5 sekeping simkad, tapi percayalah dengan Tone Wow kita sedang bina pendapatan pasif.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat