Untuk berjaya perkara yang paling penting adalah disiplin. Tanpa disiplin anda buatlah apa pun sukar untuk anda berjaya terutama dalam bidang perniagaan mahupun pekerjaan.
Seorang pelajar cemerlang tidak akan mampu berjaya jika tiada disiplin ketika belajar. Disiplin penting untuk pelajar supaya mereka belajar dalam keadaan yang tersusun, tidak gopoh dan tidak lari dari objektif asal. Dengan disiplin dapat membantu murid belajar dalam keadaan tenang, jadual waktu belajar yang sistematik dan yang paling penting disiplin juga dapat membantu pelajar belajar dalam keadaan yang tidak tertekan.
Dalam bidang perniagaan pula, disiplin amat penting supaya workflow atau kerja yang dilakukan dapat dilaksanakan dengan cepat dan terurus. Sebagai contoh, jika diberi tugasan untuk menulis 200 email kepada klien dalam masa 3 hari. Jangan sesekali tangguh kerana anda mungkin tidak dapat menyiapkan kerja tersebut jika dibuat pada hari yang terakhir.
Disiplin juga penting supaya dapat menghilangkan kemalasan dalam diri. Terutamanya apabila berhadapan perkara yang sukar seperti tidak dapat pelanggan ketika berniaga. Ejen Tone Wow terutamanya, bukan semua orang mampu mendapatkan 200 customer sebulan.
Ada antara ejen Tone Wow yang hanya mampu dapatkan 10 orang sahaja sebulan, ada yang kurang mampu cuma dapat 5 orang sahaja customer Tone Wow. Paling penting jangan sesekali mengalah dan jangan malas, disiplinkan diri buat jadual waktu dan target mahu menjual dimana.
Tone Wow bukan skim cepat kaya, tapi merupakan bisnes keuntungan pasif yang boleh menjana pendapatan lumayan. Selagi orang guna kan handphone inshaAllah selagi itulah bisnes Tone Wow akan sentiasa ada.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat