Anak-anak semua dah belayar ke London. Time ni la mommy boleh belek henpon dengan tenang. Tengah dok belek belek henpon ni, terasa nak share pulak pasal setting QR Code di whatsapp. KBhay tau sure ada yang tak tahu lagi info ni kan.
Ini dia cara mudah untuk sediakan link express ke whatsapp anda. Berguna sangat untuk semua yang ada bisnes online mcm KBhay ni. Selagi bole nak mudahkan potential customer untuk contact kita. Kejap lagi depa dah berkenan nak tanya pasal simkad Tone Wow, terus tak jadi sbb malas nak save nombor hehe. So Scan QR CODE ni la caranya.
Mcm mana nak buat?
1. Anda boleh pergi kat setting whatsapp. Kat tepi nama anda ada logo QR code tu kan? Click je situ. Bole refer gambar 1st tu ye.
2. Bile dah click terus keluar QR Code utk no telefon anda. QR code tu anda boleh share link, boleh screenshot, tempek je dekat posting niaga anda. Mudah kan?
So, kawan kawan, future customer mahupun siapa sahaja bole save screenshot tersebut dan scan je guna henpon mereka. Haaa. Dah tau kan sekarang??
Cuba test dengan QR Code KBhay ni. Dah test jangan lupa save nombor KBhay tau hehehe. Kalau tak save, Nanti anda melepas pulak story best tentang data plan Tone Wow yang viral tuuuu. Jangan degil yer, kang KBhay cepuk sekali. Silakan share sekiranya bermanfaat.
Manalah tahu ramai antara kawan kawan kita yang tengah cuba-cuba nak buat duit guna mesin ATM bergerak ni. Info mcm ni sangatlah berguna kan, zaman sekarang banyak sangat peluang untuk jana pendapatan pasif. Tapi ilmu pon anda wajib upgrade. 1 hari 1 ilmu gituu.
Bak kata pakcik KBhay “Winners don’t wait for CHANCES, they TAKE THEM!!” #PenulisanHA
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat