Mesej adalah satu platform untuk menghantar berita atau pesanan berbentuk teks kepada orang lain. Kalau dulu orang menggunakan SMS (Short Message Service) tetapi selepas teknologi berkembang lebih maju orang menggunakan whatsapp, imessage, messenger untuk menghantar pesanan.
Tetapi soalnya disini bilakah waktu yang sesuai untuk menghantar mesej kepada orang lain, terutamanya klien atau pun pelanggan.
Katakanlah anda seorang ejen yang mencari klien untuk menjual produk A dan klien pula memang sedang mencari produk A tersebut. Anda diperkenalkan dengan klien oleh rakan anda. Kita namakan produk A ni sebagai aircond.
Klien atau pelanggan ini memang mencari orang yang boleh memasang aircond dan sedang survey harga aircond yang jimat eletrik dan berkualiti.
Masa yang sesuai adalah waktu bekerja yaitu 9 pagi hingga pukul 5 petang dan boleh dilajakkan sehingga 8 malam. Tetapi perlu diingat, elakkan mesej pelanggan anda lebih pukul 10 malam kerana waktu ini kebiasaannya orang sudah mahu tidur dan juga family time. Ramai orang yang tak suka diganggu lebih pukul 10 malam.
Saya mengenali seseorang yang menolak untuk membeli hanya kerana penjual mengganggunya pada pukul 11 malam yaitu waktu untuknya berehat bersama keluarga. Sebagai penjual online harus diingat jikalau sudah lebih pukul 10 malam elakkan mesej dan tunggu sehingga esok pagi.
Tapi betul ke tak boleh mesej lebih pukul 10 malam?
Ianya bergantung kepada situasi pelanggan anda dan juga anda. Sebagai contoh anda memang aktif waktu malam dan pelanggan anda mesej pada pukul 11 malam. Dalam situasi ini anda boleh membalas mesej pelanggan on the spot. Kerana mereka yang memulakan perbualan dahulu dan bukan anda. Bermakna, pelanggan anda tidak sibuk pada waktu itu dan tidak rasa terganggu dengan mesej anda.
Dalam bisnes Tone Wow, anda akan berjumpa pelbagai ragam manusia. Ada yang dengar sekali mereka sudah berminat, ada yang mahu membuat panggilan untuk mendengar penerangan secara lisan dan ada juga yang kena dipujuk.
Skill untuk mesej pelanggan akan terbina sikit demi sikit apabila anda join bisnes Tone Wow. Kerana bisnes ini boleh dilakukan secara online dan juga anda boleh bertemu banyak orang dan melihat sikap mereka yang berbeza beza.
Modal untuk join Tone Wow juga sangat murah, hanya RM 10 sahaja. Dan jangan takut kerana anda juga pengguna simkad bermakna simkad Tone Wow bukannya beban tetapi keperluan. Keperluan ini boleh ditukar menjadi kelebihan. Orang lain memakai simkad dan terpaksa bayar setiap bulan, manakala anda memakai simkad dan terpaksa menerima komisyen setiap bulan. Tone Wow Memang Best
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat