Kesilapan besar bagi seorang usahawan ketika melakukan bisnes adalah mencampurkan duit bisnes dan duit peribadi ke dalam bank yang sama.
Mengasingkan akaun bank peribadi dan bank semasa(duit bisnes) adalah perkara asas yang pertama ketika memulakan bisnes. Semua duit hasil daripada jualan yang anda perolehi masukkan ke dalam bank semasa.
Daripada akaun semasa itulah anda boleh belajar mengira keuntungan berapa banyak duit yang anda dapat, berapa banyak gaji yang anda perolehi di dalamnya. Berapa ringgit perlu dikeluarkan untuk membayar gaji pekerja dan membayar tapak sewa dan berapa ringgit yang perlu dikeluarkan untuk pusing modal dan berapa banyak untuk membesarkan lagi syarikat anda.
Walaupun anda hanya membuat bisnes Tone Wow yang keuntungannya pasif. Tetapi dengan mengasingkan akaun peribadi dan akaun bisnes sedikit sebanyak membantu anda. Anda dapat mengira berapa jumlah wang untuk pengiklanan di media sosial dan juga wang untuk anda gunakan secara peribadi.
Walaupun perniagaan anda belum berdaftar dengan SSM kerana baru sahaja join, ini tidak apa sebab anda pun baru mahu mula belajar, yang penting kita tahu cara untuk uruskan akaun syarikat dan hala tuju syarikat. Semoga anda berjaya dalam perniagaan anda.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat