Pada tahun 2018 ramai yang berharap ekonomi akan menjadi lebih baik selepas PRU 14 di bawah pemerintahan kerajaan yang baru. Ramai yang menganggap Malaysia akan mewujudkan 1 juta pekerjaan dan gaji basic yang semakin tinggi.
Tetapi jujur saya nak nasihat jangan sesekali berharap kepada ahli politik dalam soal ekonomi, memang benar orang politik lah yang mengurus tadbir negara. Tapi soal ekonomi bergantung kepada anda sendiri, semakin ramai orang yang berbelanja ekonomi akan menjadi semakin kukuh kerana cash flow mengalir.
Siapa sahaja yang memerintah negara ini dan sebaik mana mereka memerintah, anda lah yang mengubah nasib anda sendiri. Kalau anda malas dan tak mahu mengubah diri dan hanya akan harapkan bantuan prihatin, sampai bila bila pun nasib anda sama seperti itu kerana anda malas.
Bangun lah dan cuba mencari pekerjaan, bangunlah dan mula belajar untuk masa hadapan. Jangan malas kerana kemalasan itu adalah musuh utama kejayaan, tidak akan berjaya orang yang hidupnya sentiasa malas.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat