إِنَّ التُّجَّارَ يُبْعَثُونَ يَوْمَ القِيَامَةِ فُجَّارًا، إِلَّا مَنْ اتَّقَى اللَّهَ، وَبَرَّ، وَصَدَقَ
Maksudnya: “Sesungguhnya para peniaga ini akan dibangkitkan pada hari Kiamat dalam keadaan yang berdosa melainkan orang yang bertaqwa kepada Allah, berbuat kebaikan dan jujur.” [Riwayat al-Tirmizi (1210)].
Sepanjang 21 tahun aku diberi nikmat untuk menghirup udara di atas bumi ini, tidak pernah walau sekali aku cuba untuk melangkah ke dalam dunia perniagaan. Tanggal 24 Julai menjadi sejarah apabila aku memulakan perniagaan ini dengan modal serendah RM10 setelah 19 hari menjadi pengguna Tone Wow. Aku mula mengenali Tone Wow ini setelah diperkenalkan oleh sahabat sekolahku iaitu Lutfi Llah.
Pemahaman aku tentang dunia perniagaan ini amat jauh berbeza jika dibandingkan dengan sebelum aku memulakan perniagaan. Aku menyangka perniagaan hanya bermatlamatkan keuntungan semata-mata, rupanya kefahaman itu meleset.
Aku amat bersyukur kerana dibimbing oleh leader ( Luqman Hakim Shamsuddin dan Amin Mohamad Zaki ) yang amat berkepimpinan, cekap dan sangat memahami. Mereka telah membetulkan pemahaman aku tentang perniagaan ini. Dalam team, kami dididik bahawa keuntungan bukan segala-galanya.
Mereka ada berpesan, “kita jangan menjadi penjual simkad, tapi kita bagi manfaat pada orang”. Sungguh aku amat terkesan dengan kata-kata ini membuatkan aku lebih semangat untuk membantu ramai orang di luar sana.
Jika bercakap tentang ilmu perniagaan, aku layak digolongkan dalam golongan orang yang jahil, tetapi aku bersyukur kerana Tone Wow menyediakan platform untuk aku mengutip ilmu daripada leader-leader yang telah berjaya. Setiap minggu akan diadakan kelas dan setiap hari pasti akan ada perkongsian ilmu di dalam group WhatsApp.
Walaupun belum sampai sebulan aku menjadi dealer Tone Wow, aku amat gembira dan bersyukur kerana aku ditemukan dengan satu team yang banyak memberi kata-kata semangat serta bimbingan kepada aku. Aku hanya mampu berusaha, selebihnya aku serahkan kepada Allah.
Teringat akan satu kata-kata:
“Tanda seseorang sudah bersangka buruk dengan Tuhannya, bila mana dia bimbang soal rezekinya”. (Imam As-Syafie)
Sebagai penutupnya, berusaha semampu mungkin dan jangan sekali-kali berputus asa di tengah jalan. Tidak dinafikan, dalam perniagaan terdapat cabarannya yang tersendiri, tetapi kita perlu cekal dan tabah dalam menghadapinya.
Ingatlah,
Di setiap kegelapan pasti ada setitik terang,
Di setiap doa selalu ada jawapannya,
Di setiap kesusahan pasti ada kemudahan,
Di setiap ketidakmungkinan selalu ada keajaibannya,
Maka bertahanlah dan bersabarlah.
#Penulisan HA
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat