Semalam saya tengok cerita berkenaan dunia pelaburan, ada satu ayat dalam cerita tersebut menarik perhatian untuk ditulis dan dijadikan motivasi dalam artikel kali ini.
“If You Cant Fight Them, Join Them”
Jika kamu tak dapat lawan mereka, berganding bahu dengan mereka. Maksudnya jika pesaing ada terlalu kuat dan tidak dapat ditewaskan cukup dan berhenti jangan lawan mereka lagi, tukar strategi dan ikut mereka pula.
Dalam dunia perniagaan persaingan antara syarikat sentiasa berlaku, tidak kira syarikat telefon, makanan, kapal terbang, telekomunikasi mereka sentiasa bersaing antara satu sama lain untuk menarik perhatian pengguna.
Dunia telefon pintar menyaksikan persaingan antara syarikat Apple, Samsung, Huawei dan brand lain. Persaingan ini memberi faedah kepada pengguna yang bakal memberi produk kerana syarikat akan mengurangkan harga produk seterusnya menaik taraf telefon bimbit supaya kekal menarik perhatian pembeli.
Di dalam dunia telekomunikasi seperti Tone Wow istilah “If You Cant Fight Them, Join Them” ini tidak dapat digunakan kerana semua telco di Malaysia sama sahaja, yang membezakan hanya pelan data dan coverage sahaja. Yang boleh kita “Join Them” adalah dengan cara kita memasarkan produk kita.
Kalau Telco A melakukan iklan di Twitter kita pun boleh buat perkara yang sama berdasarkan kreativiti masing-masing. Ingat walaupun kita bukan yang pertama tapi kita tidak ketinggalan jika melakukan perkara yang sama dengan pesaing.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat