Income Tax atau cukai pendapatan, bagi orang yang tidak biasa dengar nama ni mungkin akan terasa kejam. Kenapa perlu bayar sebahagian gaji kepada LHDN. Zalimnya mereka sebab senang-senang mahu memeras wang rakyat. Tapi hakikatnya Cukai yang dikenakan tidak kejam bahkan memberi kebaikan juga kepada pembayar cukai!!
Wang cukai hasil pekerjaan dan perniagaan yang dibayar kepada LHDN akan digunakan untuk membangunkan negara Malaysia ini. Contohnya darimana kerajaan mendapatkan duit untuk membayar gaji para doktor, guru, polis, tentera dan penjawat awam yang lain?
Jawapannya adalah dari hasil cukai yang dikenakan kepada rakyat, selain cukai pendapatan, cukai seperti GST dan SST juga membantu kerajaan untuk membangunkan negara. Sebagai contoh GST mengutip cukai sebanyak RM 39 Billion setiap tahun.
Perlu diingat kerajaan bukan sengaja mengadakan cukai tetapi untuk kebaikan Negara Malaysia ini. Kerajaan Malaysia bukan satu Organisasi Perniagaan yang menjalankan bisnes tetapi adalah satu badan yang mengurus tadbir Negara Malaysia ini.
Walaupun agak perit untuk menerima kerana perlu membayar sedikit pendapatan ke Cukai, anggaplah ia sebagai sedekah yang bakal membantu orang lain atau pun anggaplah ianya sebagai situasi menang-menang (Kita Bayar Cukai, Negara Bertambah Maju dan Kemudahan Semakin Banyak).
Di dalam Tone Wow setelah pendapatan mencecah RM5000 anda sudah boleh membayar cukai pendapatan. Tidak sama dengan orang yang bekerja.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat