Produk tidak dapat dijual? Ini bukan salah produk tetapi salah diri kerana tidak menggunakan marketing yang betul ketika menjual. Selain daripada kualiti sesuatu produk, Marketing merupakan kunci supaya sesuatu produk laris di pasaran.
Kita boleh lihat bagaimana sebuah syarikat berjenama antarabangsa sentiasa menggunakan cara baru untuk mengiklankan produk mereka. Ada syarikat yang menggunakan marketing berbayar, marketing viral, marketing memes dan sebagainya.
Sebagai contoh Syarikat Samsung, ketika Apple membuang Headphone Jack mereka membuat iklan memerli Apple dan menghasilkan iklan yang mereka masih menyertakan Headphone di dalam kotak.
Ada juga marketing yang bersifat memes, kalau masih ingat Syarikat Apple pernah menghasilkan MAC PRO beroda dan juga tidak beroda. Selepas beberapa bulan mereka menghasilkan RODA untuk MAC PRO yang dijual dengan harga premium yaitu $699 sama lebih mahal daripada iPhone SE. Hasilnya media sosial seperti twitter, tiktok dan facebook viral dengan memes RODA APPLE yang sangat mahal. Apple telah berjaya mendapat iklan percuma dan menjadikan mereka satu satunya COMPANY di dunia yang menjual roda dengan harga sangat mahal.
Setiap apa yang kita jual, kita perlu kuasai ilmu tentang produk dan seterusnya pelajari bagaimana cara untuk memasarkan produk tersebut. Contoh terakhir adalah Tone Wow, siapa competitor Tone Wow, bagaimana untuk buat iklan dan siapa Target Market Tone Wow semua itu perlu dipelajari.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat