Mungkin anda tertanya kenapa orang lain boleh jual simkad Tone Wow dan simkad itu laku keras manakala anda cuba buat perkara yang sama tapi tak sehebat orang lain dan jualan anda hanya suam suam kuku.
Disebabkan itu anda perlu tahu tentang hakikat ini, bukan anda seorang sahaja ajen yang promosikan simkad Tone Wow, tetapi ada ribuan ajen yang lain turut sama mempromosikan simkad Tone Wow. Jadi bagaimana untuk buatkan mereka memilih anda daripada ribuan ajen yang lain di luar sana?
Disinilah pentingnya BINA BRANDING DIRI, Jenamakan diri anda sebagai ajen Tone Wow yang dikenali, disukai, disenangi dan memberi manfaat pada mereka. Jika anda berjaya jenamakan diri, maka tiada sebab untuk mereka pilih orang lain kerana anda adalah “trusted seller” mereka.
Jenamakan diri anda sehingga mereka rasa rugi untuk tidak memilih anda. Itulah penjenamaan yang terbaik. Orang sebut Tone Wow sahaja, mereka akan ingat ANDA. Secara automatik mereka akan promosikan diri anda pada orang lain.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat