Internet merupakan keperluan asas setiap rakyat di Malaysia, tidak kiralah orang awam atau pelajar. Semua orang memerlukan internet untuk berhubung mahupun melakukan pekerjaan. Sehingga viral baru baru ini gadis di Sabah panjat pokok hanya untuk menjawap exam di Universiti.
Kini muncul beberapa plan Unlimited, ada yang unlimited semua nya dengan harga yang mahal dan ada yang unlimited semuanya dengan harga yang sangat murah.
Tetapi ramai di kalangan rakyat Malaysia tidak mengetahui apa itu Fair Usage Policy yang dikenakan oleh sesebuah telco, ini menyebabkan mereka terkeliru dan membuat keputusan yang tidak tepat ketika memilih simkad.
Ada antara telco yang menghidangkan pelan yang nampak berbaloi tapi sebenarnya terdapat beberapa sekatan. Sebagai contoh UNLIMITED INTERNET tapi kelajuan internet disekat sehingga 3 mbps sahaja dan ini menyebabkan pengguna tidak dapat melihat video beresolusi tinggi.
Terdapat juga telco yang menulis memberikan UNLIMITED CALL tetapi sebenarnya hanya memberikan pengguna peluang call sehingga 3000 minit sahaja.
Di dalam Malaysia perkara ini bukan jenayah, kerana mana mana panggilan yang melebihi 3000 minit sebulan sudah boleh diiklankan sebagai pelan Unlimited Call. Kerana rata rata penggunaan Malaysia tidak akan mencapai 3000 minit panggilan sebulan.
Jadi pakai lah pelan yang berbaloi seperti Tone Wow walaupun ada FUP tetapi tidak menyekat kelajuan internet dan data yang diberi juga sangat berbaloi.
Sumber:Â Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat