Anak muda lepasan universiti yang sedang mencari pekerjaan bersedialah dengan politik di dalam tempat bekerja.
Sebelum ini mungkin anda menyangkakan pekerjaan bermaksud kebahagiaan, tempat anda bekerja membuatkan hidup anda lebih bahagia, kerja atas meja di dalam office yang sejuk di hadapan komputer. Tetapi anda perlu tahu hakikat sebenar tentang politik di tempat kerja.
Politik yang saya maksudkan bukannya politik Malaysia yang menyokong sesebuah parti dan menumbangkan parti yang lain. Yang saya maksudkan adalah politik untuk membodek orang atasan seperti bos anda.
Ada sesetengah orang dia malas bekerja dan kerja yang dijalankan tidak bagus akan tetapi orang sebegini tidak dibuang bekerja. Ada juga orang yang baru sahaja masuk bekerja tapi terus dinaikkan pangkat padahal prestasi kerja tidak memuaskan, hanya kerana dia cantik dan sedap dipandang maka bos naikkan pangkat dia.
Belum masuk lagi kisah staff A memburukkan staff B dihadapan bos supaya bos membenci staff B seterusnya tidak menaikkan pangkat mahupun gaji untuk staff B. Tidak kiralah kerja office atau kerja kedai serbaneka potensi untuk anda jumpa orang kuat berpolitik bab pekerjaan ini sangat tinggi.
Apabila boss ada dihadapannya, dia lah manusia paling rajin sekali. Kalau ada 10 task yang perlu disiapkan semua dibolotnya tetapi apabila bos tak ada 1 task pun dia tak mampu siapkan. Bila customer datang untuk complain dia lah orang pertama yang akan lari dan sembunyi serta hantar pekerja lain untuk handle complain customer tetapi bila customer puji syarikat bagus, dia lah orang yang tak malu datang untuk menerima pujian.
Orang seperti ini tak boleh dibuat kawan, potensi untuk mereka memburukkan anda sangat tinggi. Jangan lah bawa sikap suka berpolitik ni baik di dalam kehidupan sebenar, pekerjaan dan bisnes.
Terutamanya jangan bawa perangai seperti ini dalam bisnes Tone Wow. Contohnya memburukkan orang lain untuk meraih pendapatan lumayan.
Ceritalah hanya perkara yang baik tentang simkad Tone Wow sebagai contoh simkad Tone Wow memberi income tanpa had, income yang boleh diwarisi, plan data yang murah dan sangat berbaloi. Moga berjumpa anda di puncak kejayaan
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat