Baru baru ini kecoh di media sosial apabila rakaman video perbualan di dalam syarikat tersebar di umum. Etikanya perkara ini salah kerana apa sahaja maklumat yang mengaibkan boleh menghancurkan sesebuah syarikat.
Jika ada kelemahan dalam syarikat bincang bersama kakitangan syarikat untuk membaik pulih. Jangan sesekali cerita kelemahan ini pada orang luar terutama saingan anda.
Bahkan jika berlaku sesuatu skandal seluruh imej syarikat boleh jatuh dan bertambah buruk. Ditambah pula dengan kepesatan media sosial yang boleh mengharu birukan suasana.
Bukan sahaja syarikat yang akan berdepan masalah tetapi anda juga boleh dilanda masalah seperti saman kerana memalukan syarikat
Syarikat juga boleh berdepan dengan kerugian dan orang sudah tidak mempercayai syarikat anda. Paling teruk ribuan orang boleh diberhentikan dan syarikat boleh bankrap. Jika terdapat ketidak puasan hati eloklah jika melakukan mesyuarat dan berbincang untuk menyelesaikannya.
Sebelum melakukan sesuatu elok fikir akan kesan buruk dan juga kesan baik kepada diri dan syarikat supaya anda tidak menyesal di kemudian hari.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat
