Dalam perniagaan kita perlu menjadi risk taker dan berani mengambil risiko untuk menjana keuntungan sebagai contoh jika sebelum ini anda bekerja makan gaji sebagai penjawat awam. Anda tidak perlu risau akan kehilangan gaji kerana gaji dibayar oleh kerajaan cukup pada setiap bulan.
Tetapi jika anda mahu menukar kerjaya menjadi seorang usahawan anda perlu mengambil risiko dan perkara ini bukan mudah terutama nya anda datang daripada Comfort Zone kepada Zone Struggle.
Jika sebelum ini sama ada kerja sedikit atau banyak gaji yang dibayar tetap sama, tapi dalam perniagaan jika sales sedikit maka keuntungan sedikit dan gaji pun sedikit. Paling teruk sekali apabila sales tidak mencukupi untuk membayar kos modal. Maka tiada lah gaji hari itu dan perlu membayar duit poket untuk cover duit modal.
Sebab itu risk taker perlu menjadi bijak supaya kerugian dapat dikurangkan dan keuntungan dapat dimaksimumkan. Untuk itu sebelum melakukan bisnes perlu anda tahu adakah produk anda memang orang gunakan atau tidak.
Saya bagi contoh penjual tudung dan penjual niqab. Market untuk jualan tudung sangat luas di Malaysia kerana majoriti penduduk di Malaysia adalah muslim, tetapi market untuk jualan niqab amat sedikit kerana tidak ramai memakai niqab. Dalam 100 orang adalah 1 atau 2 orang yang memakai niqab.
Risk taker yang mencampakkan diri dalam market niqab ini tidak akan berhenti untuk jual niqab sahaja mereka akan memaksimumkan produk dengan menjual Tudung, Jubah, Niqab, Stongan, Stokin. Kalau orang yang hanya mahu beli tudung sahaja pun boleh, nak beli niqab pun boleh.
Produk kedua untuk risk taker pula adalah Tone Wow, bukan sahaja barang yang hangat tetapi juga produk keperluan. Simkad merupakan produk keperluan segenap masyarakat di Malaysia. Dengan modal yang rendah dan keuntungan yang banyak memang sangat berbaloi untuk mengambil risiko menjual Tone Wow.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat