Dalam bisnes, marketing dan closing saling tak berpisah antara satu sama lain. Untuk close seseorang kita perlu melakukan marketing, tanpa marketing orang tidak tahu kita jual produk.
Marketing adalah proses untuk menarik customer untuk mengenali produk yang kita jual manakala closing pula adalah sales yang berjaya dijual. Untuk mendapatkan sales yang tinggi penting untuk seorang usahawan mengetahui cara untuk memasarkan produk. Proses marketing tidak boleh berhenti walaupun sesebuah syarikat telah pun menjadi kaya raya. Dengan marketing lah sesebuah produk akan terus dikenali dan proses close sales akan sentiasa berlaku.
Terdapat 2 jenis marketing yaitu online dan offline. Penting untuk seorang peniaga mengetahui berapa jumlah yang perlu dibelanjakan dan jenis iklan yang patut dikeluarkan. Sebagai contoh Syarikat Telco membuat iklan di media sosial, fokus iklan mereka adalah kelajuan dan harga jualan.
Marketing yang berkesan apabila kita tahu kekuatan produk dan juga siapa yang perlu kan produk. Contoh yang lain pula syarikat makanan segera KFC. Syarikat KFC selalu membuat resepi baru dan membuat iklan berbayar di internet seperti Youtube, Facebook, Twitter. Marketing dapat membuat syarikat nombor satu sentiasa berjaya ke hadapan dan syarikat yang tidak terkenal menjadi terkenal.
Jikalau anda mahu menjual barang baik boleh lah cuba Simkad Tone Wow yang mana market untuk simkad sangat luas boleh dijual kepada lebih 40 juta rakyat Malaysia.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat