Hanya anda mampu ubah dan bantu diri sendiri. Pernah tak anda dengar tentang ayat, “Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu mengubah nasibnya sendiri”.
Jika anda nak berjaya dalam hidup anda perlu menggerakkan tulang belulang untuk mencapai kejayaan. Ingin menjadi seorang yang pandai daripada sekarang tuntutlah ilmu, teringat pula pesanan imam syafie berkaitan ilmu “Jika kamu tidak sanggup menahan lelahnya belajar, maka kamu harus sanggup menahan peritnya kebodohan” .
Dengan ilmu bukan sahaja boleh membawa anda ke menara gading tapi dapat menjadi panduan supaya anda menjadi kaya dan berjaya, ilmu juga dapat menjadikan anda seorang yang celik tentang kehidupan. Ingatlah kejayaan seseorang itu bermula dengan satu langkah. Tiada siapa yang boleh memaksa anda untuk berjaya melainkan diri anda sendiri.
Walaupun ibu bapa hantar anak kesekolah tapi tanpa azam dan cekal seorang anak untuk menuntut ilmu belum tentu anak itu akan berjaya. Begitu juga jika anda ingin melakukan bisnes, jika anda tidak push diri anda untuk berjaya.
Kerana itulah jika anda sudah masuk dalam bidang bisnes penting untuk anda push diri, tuntut ilmu perniagaan dan lakukan perkara ini dengan sabar serta istiqamah. Terutamanya dalam bisnes Tone Wow, penting untuk diri bersabar dan sentiasa melakukan sales.
Sumber: Hafidz ArifÂ
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat