TIPS PERNIAGAAN: Konsisten Tanpa Penat
Nak “buat duit” jangan sesekali melayan penat. Nak “buat duit” jangan sesekali melayan malas. Jika penat dan malas jadi alasan, lupakan niat anda untuk “buat duit”.
Dalam perniagaan, jika mahu lebih dikenali dan dipercayai, kita mestilah KONSISTEN TANPA PENAT dalam mempromosikan apa saja yang kita jual.
JANGAN PENAT! Terus konsisten! Dengan cara ini anda akan lebih dikenali dan secara tidak langsung akan mencipta BRANDING anda sendiri!
Sekarang memang tak nampak kesan konsisten ni. Tetapi percayalah bila anda terus KONSISTEN TANPA PENAT, anda akan mula nampak kesan dan hasil dari konsisten anda itu .
Pada masa itu, mudah untuk anda “buat duit” untuk kembangkan bisnes anda. Jadi anda kena ingat, JANGAN PENAT DAN JANGAN MALAS dalam usaha untuk “buat duit”. Semoga berjaya suatu masa kelak #PenulisanHA
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat