Apa itu passive income?
Passive income adalah pendapatan yang rakan-rakan boleh dapat berulang ulang kali walaupun sudah tidak menjual.
Contoh jika rakan-rakan ada rumah, dan ada penyewa, itu namanya passive income. Ataupun rakan-rakan ada tanah dan ada penyewa tanah, itu passive income atau jika rakan-rakan ada platform perniagaan, dan ia menghasilkan pendapatan setiap bulan walau rakan-rakan tidak berniaga, itu passive income.
Lagi satu platform bina passive income adalah menjadi ejen insurans atautakaful, tapi ini bukan bidang saya. Ada yang bertanya apa saya buat, saya tak keluar bekerja hari hari duduk rumah.
Saya katakan saya bisnes simkad Tone Wow. Mereka tanya jual simkad sekeping untung Rm1 boleh hidup ke?
Saya jawab, saya ada masalah semakin gemuk dan banyak masa merapu di Facebook. Rakan-rakan, dekat bisnes Tone Wow ini, saya membina passive income.
Ramai orang diluar sana mengeluh kena mencari pelanggan setiap bulan. Setiap bulan mencari prospek baru, muka baru, orang baru untuk membeli. Setiap bulan kena ulang buat jualan yang sama untuk kekalkan gaya hidup.
Saya ambik contoh penjual jeans, Bulan ini kena jual 100 helai jeans untuk kekalkan pendapatan Rm10 ribu, bulan hadapan pun kena jual 100 helai juga. Bulan seterusnya tetap kena cari orang baru untuk jual 100 helai jeans. Penat bukan?
Faktanya adalah, seorang lelaki tidak membeli jeans setiap hari, tidak setiap bulan. Setuju?
Balik kepada cerita passive income. Saya penjual simkad Tone Wow.
Saya tidak menjual topup. Lagi sekali ulang, saya tidak jual topup.
Seorang pelanggan membeli simkad. Dia akan topup dengan nilai tertentu setiap bulan selagi mana dia berpuas hati menggunakan data dan servis yang Tone Wow tawarkan. Saya tak pening kepala dan tak perlu fikir banyak selepas jual simkad.
Faktanya:
Pelanggan saya boleh beli topup Digi dimana mana kedai yang menjual topup Digi.
Saya di Banting, pelanggan yang beli online dengan saya topup di Sarawak, company tetap bayar komisen saya.
Saya di rumah, pelanggan saya topup jam 3 pagi di Maybank2u, tak pasal pasal company bayar komisen kepada saya. Ini lah namanya tidur pun dibayar.
Itu cerita seorang dua pelanggan, bayangkan rakan-rakan sudah mengumpul 100 hingga 1000 orang pelanggan, apa jadi dengan hidup rakan-rakan?
Sekarang dah faham kenapa rakan-rakan perlu ada passive income bukan?
Dan saya cadangkan mula berniaga dengan modal kecil bisnes simkad Tonewow sekarang.Semoga tulisan pendek ini membuka hati rakan-rakan untuk bermula.
Sumber: Hafidz Arif