HARI INI SANGAT PENAT
Bermula pagi ke gombak selesaikan masalah pakcik berumur 72 tahun, pendaftaran dari redONE ke Tone Wow, kali ke-3 barulah berjaya sejak hari ahad
Hampir 3 jam di rumah beliau untuk membantu cara guna simkad hingga ke tengahari
Mujurlah pakcik tu baik hati menjemput makan tengahari bersama, alhamdulillah rezeki hari ini?
Selepas selesai saya pun pulang, bukan pulang ke rumah tapi pergi ke JPJ Bandar Baru Bangi pula, melihat tapak untuk buka booth, (dah lama tak buka sebab moto rosak).
Sampai di sana, hampir 30 minit juga pusing-pusing mencari tempat yang sesuai
Dalam masa mencari tempat yang sesuai, dapat pula wasap dari seorang pelanggan yang inginkan simkad 89GB+unlimited call ke semua rangkaian.
Dalam perbualan aku bertanya, dari mana? Dari Banting dia menjawab, aku pun terus minta dia send location. Dengan perkhidmatan hantar hingga depan rumah aku pun terus pergi ke Banting. Dengan moto yang dah uzur ku gagahkan jua
Sampai di sana berjumpa lah aku dengan pelangan yang inginkan simkad, lalu terus mendaftar simkad yang berbaloi dan bermanfaat kepada pengguna
Dah alang-alang sampai di Banting terus restok simkad dengan boss HA serta dapatkan sedikit tips dan semangat? (tak sempat bergambar)
Dalam perjalanan pulang ke rumah aku ternampak seorang hamba Allah di tepi jalan Putrajaya meminta bantuan, aku tanya kenapa bro? minyak habis(moto RxZ). Aku membantu tolak moto dia ke stesen minyak yang berhampiran
Story of moral
Berusaha lah memajukan diri walaupun dengan kepayahan dan bantu lah mereka yang meminta bantuan, pasti ada balasan yang baik jika kita BERUSAHA dan berbuat baik #penulisanHA
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat